Assalamualaikum. Welcome! Sawubona! Olá! Hoi! Ciao! Ni Hao!


Assalamualaikum. I am , Bazilah aka Buzzer. Nice to know ya'll dropping by to see my blog... nothing much but thanks :'>
lil notes : currently, *page under construction. tenkiu. lebiu. babai ;)

lil piece of me

My photo
A Quantity Surveyor, wannabe. Am nineteen. Islam of course. Camera is my drug, own one. 600D. peace! xxoo

Tuesday, 26 July 2011

akan aku buat :D sudah merancangg

Bengang dengan roommate?
Tak tahu apa nak buat?

1. Setiap hari Jumaat, pack segala
barang anda dan bagitau kat roommate
anda nak balik kampung. Selepas sejam,
balik ke bilik & terangkan bhw takde
org kat rumah. Unpack segala brg anda
& pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik,
jerit sekuat hati" horee...kau dah
balik". Lepas tu menari dlm 5 minit.
Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya
dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam,
jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku
berada ni?" dan lari keliling bilik
tu. Kalau bilik kecil, cukuplah
sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian,
sambung tidor. Esoknya, kalo dia
tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil
kat lengan anda. Besarkan bulatan tu
setiap hari sambil berkata "Dah
merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap &
tidor dengan pokok tu setiap hari.
Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok
tu dan cakap "Aku tak boleh hidup
sebilik dengan kau lagi" sambil keluar
& menghempaskan pintu bilik dgn
kuat...Buang pokok tu tapi biarkan
pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan
setiap malam sambil merenung roommate
anda sambil berkata "Tak lama
lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga
jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2.
Lepas tu bangun secara tiba2 sambil
berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup
lampu dan tidor. lepas dia keluar,
bangun dan menjerit dgn
kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik,
cakap "Selamat Datang ke McDonald.
Boleh saya ambil pesanan anda..."
Lepas tu buat muka bodoh, sambil
berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan
penting untuk kau". Lepas tu buat2
pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan
cakap yagn anda dah lupa pesanan tu.
Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat".
Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2
tengah telefon. Caci maki dan menjerit
dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu
letak telefon dan cakap kat roommate
bhw yg telefon tadi adalah mak dia.
Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat
sinki, perhatikan sampai habis. Lepas
dia habis, cakap dengan dia bhw anda
kena ajar dia cara mengosok gigi
dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan
kedai/rumah kedai berdekatan
rumah/kampus. Dalam risalah tu,
nyatakan bahawa roommate anda hilang.
Letak sekali gambar dia dlm risalah
tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg
menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd
sebelah malam, nyanyi lagu opera
sekuat hati. Bila dia buka balik
lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate dlm 2-3
jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali
sambil makan kacang & popcorn. Buat
macam tengah tengok wayang.

16. Masa roommate tiada, ambil
deodoran dan sapukan pada seluruh
dinding bilik. Bila dia balik, puji
bahawa bilik berbau wangi. Lakukan
selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate ada binatang
peliharaan, spt kucing, offer utk beri
makan kpd binatang tsbt. Cepat2
keluarkan botol gam atau minyak rambut
sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut
roommate anda sambil berkata "Rambut
kau hitam, lurus dan berkilat
la...Macam teknik rebonding...".
Sekali-sekala buat masa dia tengah
tidur.

19. Mase roommate tido, bungkus dia
macam kafan mayat (siap ikat), pastu
panggil member dlm 10 bace yasin
ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk
ape2.

20. Sebelum roommate balik dari kelas,
bungkus diri sendiri macam kafan (siap
ikat jugak) pastu baring senyap-senyap
atas katil dia. Mesti dia terkujat
sampai pengsan bila masuk bilik
tengok2 ada mayat.



enjoy! :D

No comments:

Post a Comment